Wednesday, January 11, 2017

Phuket 2015 ~ Coral Island & Raya Island

Adoiii...bila kala nk abis entry phuket ni. Masa sgt mencemburui daku.. x sempat nk blogging dah skang....apatah lg nk blogwalking. Ok sementara ada masa ni meh kita blog lelaju..

Repeat balik pic entry sebelum ni. Hari ni kitorang nk berenang2 kat island. So aku amik package Coral Island ngan Raya Island. If aku x slp utk package ni, aku dpt THB1650 for 2 person. Kira ok la price aku dpt tu. Package ni cam biasa include transportation..maksudnya dia akan pick up kita kat Hotel dan akan hantar kita balik ke Hotel. Sekali ngan insurance, lunch, life jacket, snorkeling set, fruit ngan air masa kt dlm boat.


Sebelum naik boat, ada briefing dlu lebih kurang. Ai is x sabor dah ni.


Penuh muka dua2 sama je lebau.


Ok dah smpai.


Kena jalan kt jambatan ni mmg agak pening sket. Dia macam tong air dia ikat rapat2 mcm tu...so mcm terumbang ambing sket.



 Ramai gak org kt sini.


Bukti dah smpai Coral Island


 Apalagi terus keceburrrr la dalam air. Air jernih sesangat. Nmpak kaki ko kt dalam air tu.


Ewahhh peace2 bagai ko yeh. Masa swimming kitorang malas nk pakai life jacket...susah aku nk nyelam.


 Cuaca mmg panas terik masa ni.


Saja amik pic ni...nk citer pasal niger belah kiri tu. Nampak je sado ketak2 gitu. Sekali gay ko...dia dok berenang2 tepi aku ngan couple dia knmain berpeluk...siap jerit2 anje lagi... rasa nk muntah aku dengo. Nak snap pic dia peluk2 x sempat plk...hahaha.


Giler banyak kerusi bersusun kt sini. Tapi ni utk package2 trtentu je kot. Kitorang nsib smpi awal terus dpt cop bangku kayu kt bawah pokok. Letak drybag, towel, camera ngan life jacket kt kerusi. Tawakal je la letak brg berharga...dah pergi berdua sapa nk tolong jagakan barang. Tapi so far aku pg Krabi n Phuket ni selamat je kalo pg island ni. Takde pon brg hilang. Tapi masa swimming tu jeling2 gak la.


Rasanya dia bagi masa kat lepak kt Coral ni 1 1/2 jam kot. Dah penat swim kitorang naik lepak2 tgok org.


 Masa ni tgh tggu Cooi g toilet. Nasib kt sini redup sket. Dah x larat nk swim lg...panas.


 Abiskan masa snap2 pic


Bye-bye Coral Island


Pastu kitorang dibawa ke satu tempat untuk snorkeling. Ni je pic yg hado. Iolls takde gopro nak snap pic underwater. Pakai camera phone ...pic pon hauk je..so xyah le. Abangggg... nk go pro 1!!!


Lepas snorkel...g lunch plk. Tak tau apa nama tempat ni. Dari tempat snorkeling tu dia stop kt satu tempat pastu kena naik mcm lori apa ntah. Masuk mcm dlm hutan2 sket. Jalan pon berlopak2. Aku pon lupa nk snap pic... sbb dah lapar sgt. Ada pondok utk makan kt situ. Makan cam biasa dorang buat buffet. Ok la food dia...lapo nyer pasal bertambah2 aku makan.


 Dah kenyang... sementara tggu lori pick up...snap2 pic dlu kt sini. Cantik view kt sini.



 nyebok je yg kt blkg tu



Ni atas lori la ni.. dorang nk bawak g Raya Island pulak. Igtkan kena naik boat...rupanya naik lori gak. Takde la jauh sgt.


Lori tu stop kt satu tempat... kena jalan kaki sket.



 Bila la nk dpt stay kat The Racha ni...cntik Hotel dia


Raya Island. Sini lg panas. Laut dia jauh sket nk kena jalan tu.



 Amboiii mengepak kooo...



Cantik giler laut dia...biru kehijau2an. Tapi aku dh x larat nk swim. Panas terik masa ni. Tp yang x bestnyer kt sini xde tmpat nk lepak. Takde bangku...takde pokok sgt. Byk private properties je kt sini.


 Meh la kita mengabiskan masa snap2 pic.






Ada 2 shop kt sini. Sambil tggu boat dtg amik, kitorang lepak mkn aiskem kt tepi kedai ni. Mata pon dah ngantuk, bdn dah melekit... x sabor nk balik Hotel. Masa nk balik, boat dah tggu kat pantai Raya ni...xyah naik lori dah.


Malam tu keluar dinner. Baca kt blog Fillanie...dia ada mkn kt San Sabai Restaurant ni. 1st day carik x jumpa. Nasib hari ni jumpa.


Mango Cooi punya.


 Ai punya watermelon.



 Mata merah kena air laut.


 Fried squid...yummeh


 Tomyam


 Amboiii..siap love2 nasik dia


 Fried Chicken
Kiranya puas hati la makan kat sini. Makanan sedap, harga pon reasonable. San Sabai ni seberang Hard Rock Cafe je. Masuk lorong dpn Hard Rock tu msti nmpk dah signboard San Sabai.


Pas makan...jalan2 cuti mata. Macam2 ada jual kat sini. 18sx sumer ada. Masa ni tgh try monopod yg ada siap shutter tu... Terus beli sbb sng nk snap pic berdua...xyah nk set timer.




Masuk Hard Rock konon2 nk bli tshirt Echa...Ada offer tp tu la sz plk yg takde. Tinggal saki baki je.



Lepas g HRC...jalan kaki balik Hotel. Untuk hari pertama dan kedua kitorang x sewa motor lg. Rugi sewa motor sbb siang tu dah full island activity. Malam ni kitorang pack baju sesiap sbb esok pagi nk check out...nk check in hotel lain plk.


Continued...Day 3..





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails